Pertama sekali
saya berasa sangat gembira kerana projek ini dapat dijayakan dengan jayanya.
Semua berjalan lancar dan segala masaalah yang dihadapi dapat dihadapi dengan
baik . Pengalaman bersama-sama adik-adik Yayasan Chow Kit merupakan pengalaman
yang tidak dapat dilupakan. Banyak perkara yang saya belajar apabila bersama
masyarakat terutamanya dalam memperbaiki kemahiran berkomunikasi sesama
masyarakat dan menyelami kekurangan yang mereka alami.
Pertama kali kami berjumpa adik-adik Yayasan
Chow Kit terpamer wajah-wajah riang mereka dalam menyambut kedatangan kami.
Mereka sangat suka apabila mereka disantuni dan diambilberat akan kebajikan
mereka. Terpalit rasa kemanusiaan apabila kita sendiri merasai pengalaman
bersama masyarakat yang hidup dalam serba kekurangan. Kami banyak melakukan
aktiviti yang bertujuan menghiburkan adik-adik Yayasan Chow Kit. Senyuman yang
terukir di wajah mereka sangat menyenangkan kami. Pelbagai teletah mereka
sepanjang kami bersama mereka, ada yang menangis,berkejar-kejaran dan ada yang
petah bercakap.
Perkataan letih memang tidak dapat disangkal
tetapi melihat adik-adik Yayasan Chow Kit gembira dapat melegakan keletihan
yang kami rasai. Sekadar itu refleksi saya. Terima kasih kepada pensyarah iaitu
Dr Anisah dan Dr Siti serta rakan-rakan sekumpulan.
Siti Mazzura Binti Marzuki
Biro Teknikal dan Logistik
Biro Teknikal dan Logistik
No comments:
Post a Comment