Saturday, May 23, 2015

Tiada apa-apa yang pernah menjadi kenyataan sehingga ia dialami


Pertama sekali saya berasa sangat gembira kerana projek ini dapat dijayakan dengan jayanya. Semua berjalan lancar dan segala masaalah yang dihadapi dapat dihadapi dengan baik . Pengalaman bersama-sama adik-adik Yayasan Chow Kit merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Banyak perkara yang saya belajar apabila bersama masyarakat terutamanya dalam memperbaiki kemahiran berkomunikasi sesama masyarakat dan menyelami kekurangan yang mereka alami.

 Pertama kali kami berjumpa adik-adik Yayasan Chow Kit terpamer wajah-wajah riang mereka dalam menyambut kedatangan kami. Mereka sangat suka apabila mereka disantuni dan diambilberat akan kebajikan mereka. Terpalit rasa kemanusiaan apabila kita sendiri merasai pengalaman bersama masyarakat yang hidup dalam serba kekurangan. Kami banyak melakukan aktiviti yang bertujuan menghiburkan adik-adik Yayasan Chow Kit. Senyuman yang terukir di wajah mereka sangat menyenangkan kami. Pelbagai teletah mereka sepanjang kami bersama mereka, ada yang menangis,berkejar-kejaran dan ada yang petah bercakap.

Perkataan letih memang tidak dapat disangkal tetapi melihat adik-adik Yayasan Chow Kit gembira dapat melegakan keletihan yang kami rasai. Sekadar itu refleksi saya. Terima kasih kepada pensyarah iaitu Dr Anisah dan Dr Siti serta rakan-rakan sekumpulan.


Siti Mazzura Binti Marzuki
Biro Teknikal dan Logistik

No comments:

Post a Comment