Sunday, May 24, 2015

Good habits formed at youth make the difference

Pusat aktiviti kanak-kanak chow kit merupakan salah satu pusat jagaan yang amat bagus bagi pembesaran kanak-kanak. Sepanjang menjalankan program jalinan masyarakat di sini, saya dapat melihat sendiri bagaimana kanak-kanak ini diasuh oleh guru mereka. Meskipun sesetengah daripada mereka tidak dapat belajar di sekolah seperti kanak-kanak lain, namun mereka diterapkan diterapkan dengan pelbagai 'soft skill' seperti kemahiran memasak, pertahankan diri dan lain-lain. Meluangkan masa bersama mereka turut membuatkan saya rasa bersyukur dengan apa yang ada pada diri saya. Di samping beraktiviti dan bergelak ketawa bersama mereka, saya juga dapat belajar cara-cara untuk mengawal karenah mereka dengan lebih baik. Saya berasa amat seronok sepanjang aktiviti berlangsung di sana. Semoga lebih banyak pihak yang datang dan menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mereka.


Belajar baik-baik. Dengar cakap ibu bapa dan cikgu. Semoga menjadi manusia yang berguna kelak.

Syafawati Adlina Binti Nor Adzman
Biro Tajaan

No comments:

Post a Comment