Saturday, May 23, 2015

Caring has the gift of making the ordinary special


Assalamualaikum dan salam sejahtera, seronok dapat menyertai khidmat masyarakat bersama kanak-kanak di Yayasan Chow Kit.

Mereka sangat aktif dan kreatif. Walaupun mereka berasal dari latar belakang keluarga yang berlainan tetapi mereka seronok tiggal bersama. Sepanjang aktiviti di sana banyak pengalaman yang saya dapat terutamanya pengalaman macam mana hendak mengawal kanak-kanak yang sangat aktif, walaupun agak sukar tetapi ia adalah pengalaman dan satu cabaran untuk saya.

Selain itu, melalui program ini dapat mengajar saya untuk berkomunikasi baik dengan pihak di sana terutamanya dari segi aturan tarikh dan masa untuk program bersama kanak-kanak. Tambahan pula untuk menjayakan aktiviti ini, kerjasama antara kumpulan memainkan peranan yang sangat penting, masing-masing perlu memberi komitment yang tinggi terhadap tugas masing-masing. Ini dapat mengajar saya untuk bekerjasama dalam satu kumpulan agar sesuatu program berjalan lancar walaupun berlainan kaum.

Jadi saya harap dapat melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan sebegini lagi untuk menghiburkan masyarakat dan memahami mereka. Sekian.

Nur Syazwani Binti Ismail
Secretary

No comments:

Post a Comment